News

citefactor-journal-indexing

HEGEMONI HADIS DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN: DIAGNOSIS PEMIKIRAN HADIS M. QURAISH SHIHAB (l. 1944)

M. Quraish Shihab (MQS) merupakan salah seorang mufasir prolifik Nusantara. Karyanya Tafsir Al-Mishb?h menjadi magnum opus beliau dalam khazanah kesusateraan Tafsir di Indonesia. MQS menilai pentafsiran terhadap al-Quran tidak akan pernah berakhir, malah dari semasa ke semasa muncul pentafsiran baru seiring dengan perkembangan ilmu dan tuntutan kemajuan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis secara kritis pentafsiran baru yang dinyatakan dan difokuskan kepada isu utama berkaitan pemikiran hadis beliau. Kajian ini menggunakan metode kepustakaan dan analisis dokumen dengan menjadikan Tafsir al-Mishbah sebagai sumber kajian bagi mendapat pandangan yang lebih jelas tentang pemikiran hadis MQS. Kajian ini mendapati beliau menekankan kepentingan mentafsirkan al-Quran dengan hadis sahih. Namun begitu, ada ketikanya beliau telah menolak hadis yang dinilai sahih oleh ulama, lalu merujuk kepada hadis lemah bagi mengukuhkan pentafsirannya. Selain itu, ada masanya juga beliau turut menolak hadis sahih hanya disebabkan kecenderungannya kepada makna metafora daripada makna hakiki ayat.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: M. Quraish Shihab, Tafsir, Hadis, Tokoh, Indonesia, Pemikiran, Nusantara

ISSN: 2231-9018

EISSN: 2550-1585


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals