News

citefactor-journal-indexing

AL-TAK?FUL AL-IJTIM??? SECARA ETIMOLOGI DAN TERMINOLOGI MENURUT KONTEKS BAHASA AL-QURAN DAN HADIS

Kajian ini memberi tumpuan kepada kesan dan pengaruh dil?lah al-alf?? (semantik) dalam Al-Quran dan hadis terhadap pendefinisian konsep al-tak?ful al-ijtim???. Al-Quran yang merupakan al-i?j?z al-bal?gh? (mukjizat sastera) dan hadis Rasulullah SAW yang bersifat jaw?mi? al-kalim (kekayaan maksud dalam suatu lafaz) masing-masing mempunyai laras bahasa yang istimewa. Kedua-duanya mempunyai kesan yang tersendiri terhadap pendefinisian sesuatu konsep dalam ilmu-ilmu Islam. Kajian ini mendapati bahawa memahami dil?lah perkataan kafala dalam konteks al-Quran dan hadis amat penting bagi mendapatkan pemahaman sebenar mengenai konsep al-tak?ful al-ijtim???. Sebahagian ulama menghadkan maksud etimologi perkataan kafala kepada proses menjaga kemaslahatan kanak-kanak berdasarkan pemahaman mereka tentang dil?lah perkataan ini menurut konteks al-Quran. Berlaku limitasi bahasa terhadap maksud perkataan kafala ini, sehingga menyebabkan sebahagian ulama era ini telah mendefinisikan konsep al-tak?ful al-ijtim??? luar daripada konteks etimologi perkataan itu sendiri, demi meluaskan penggunaannya secara terminologi. Pemahaman menyeluruh terhadap konteks penggunaan dan semantik sesuatu perkataan dalam al-Quran dan hadis amat penting, terutamanya dalam mendefinisikan sesuatu sama ada pemahaman secara etimologi atau terminologi, sehingga membentuk disiplin dan gambaran konsep yang kukuh serta menyeluruh. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan penggunaan perkataan kafala dalam konteks hadis sebenarnya membawa maksud yang lebih luas berdasarkan hadis wanita Gh?midiyyah. Hakikatnya, ia meliputi proses menjaga kemaslahatan kanak-kanak mahupun dewasa.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: Al-Tak?ful al-Ijtim???, Semantik, Etimologi, Terminologi, Hadis

ISSN: 2231-9018

EISSN: 2550-1585


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals