News

citefactor-journal-indexing

PENGHUJAHAN RASIONAL GAH: SATU ANALISIS

Penolakan terhadap hadis Nabi SAW oleh golongan tertentu di Malaysia merupakan suatu masalah serius yang perlu ditangani oleh semua kalangan masyarakat Islam di negara ini. Dakwaan-dakwaan yang dilakukan oleh GAH atau Golongan Anti Hadis mengenai percanggahan yang wujud antara hadis dan al-Quran selain isu kesahannya sebagai sumber hukum dalam agama sering dikemukakan dalam bentuk penghujahan dan bukti yang dikatakan sebagai rasional, logik, ilmiah dan seumpamanya. Sekiranya dibiarkan, perkara ini boleh memberikan impak yang besar terhadap kesucian agama ini dan metodologi ilmiah yang digunakan dalam tradisi keilmuan Islam. Justeru, makalah ini terfokus untuk menganalisis isu berkaitan penghujahan secara rasional yang digunakan oleh GAH dari perspektif Islam. Perbincangan merangkumi aspek-aspek berkaitan kedudukan dan peranan akal dalam kerangka keilmuan Islam serta metodologi dan penghujahan GAH dalam menolak hadis secara rasional berserta contoh-contoh yang relevan. Hasilnya, beberapa cadangan diutarakan dalam usaha untuk memahami dan menangkis penghujahan GAH berdasarkan pendekatan rasional dan logik akal.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: Golongan Anti Hadis, Penghujahan, Rasional, Malaysia

ISSN: 2231-9018

EISSN: 2550-1585


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals