News

citefactor-journal-indexing

ALIRAN I?Y?’ MANHAJ AL-MUTAQADDIM?N DAN PEMBAHARUAN WACANA KRITIK HADIS MODEN

Wacana ilmu hadis moden mendedahkan beberapa aliran dalam kritik hadis; dua di antaranya telah ditetapkan sebagai aliran perdana iaitu Salafi dan Sufi-madhhabi. Artikel ini hendak memperkenalkan sebuah lagi aliran kritik hadith moden yang dinamakan dalam kajian ini sebagai aliran I?y?’Manhaj al-Mutaqaddim?n (IMM), secara literal bermakna: revitalisasi metodologi ahli hadis klasik. Metode dokumentasi diaplikasikan untuk mengenal pasti tokoh-tokoh utama aliran ini dan mengkaji idea-idea pembaharuan mereka. Kajian ini turut menganalisis pendirian aliran IMM berkenaan kaedah-kaedah sensitif dalam wacana kritik hadis lalu membandingkannya dengan praktik aliran perdana. Penulis berpandangan bahawa IMM adalah reaksi akademik ke atas penyimpangan metodologi yang terkandung dalam kebanyakan kajian hadith muta’akhir?n dan moden daripada metodologi ahli hadith terdahulu (Mutaqaddim?n). Penyimpangan tersebut melahirkan kekacauan dalam kritik hadith moden sebagaimana yang tercermin dalam banyaknya perbezaan pendapat antara tokoh-tokoh muta’akhir?n dan Mutaqaddim?n berkenaan status kesahihan hadith. Justeru aliran ini mencadangkan pembaharuan ilmu hadith secara komprehensif dengan menghidupkan semula metodologi yang diamalkan oleh ahli hadis fasa riwayah (marhalah al-riwayah). Kajian ini menyimpulkan bahawa idea-idea pembaharuan IMM tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip ilmu hadis, malah sangat penting untuk meluruskan pelbagai kekeliruan yang terdapat dalam kajian-kajian hadis semasa.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: Mutaqaddim?n, muta’akhir?n, Salafi, Sufi-Mazhabi, zahir sanad

ISSN: 2231-9018

EISSN: 2550-1585


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals