News

citefactor-journal-indexing

HUBUNGAN ANTARA PENILAIAN PEMBELAJARAN DENGAN TINGKAH LAKU PEGAWAI AGAMA DALAM USAHA DAKWAH KEPADA ODHA DI MALAYSIA

Artikel ini bertujuan melihat hubungan antara penilaian pembelajaran dengan penilaian tingkah laku dalam kalangan Pegawai Agama di Malaysia setelah mengikuti Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program latihan ini dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat serta informasi terkini isu HIV/AIDS di samping melatih Pegawai-pegawai Agama di Malaysia untuk menangani isu tersebut dalam kalangan umat Islam. Program latihan ini berbentuk teori dan praktikal di mana peserta program berpeluang melaksanakan dakwah secara temu seru (outreach) dengan Orang Yang Hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) secara langsung. Kaedah kuantitatif melalui soal selidik telah digunakan untuk memperoleh data. Seramai 350 orang Pegawai Agama yang telah mengikuti program latihan ini dipilih sebagai responden melalui teknik pensampelan rawak mudah. Analisis korelasi Pearson dijalankan bagi mengenal pasti hubungan di antara penilaian pembelajaran dengan penilaian tingkah laku peserta yang mengikuti Program Latihan Manual Islam dan HIV/AIDS. Hasil analisis ujian korelasi Pearson tersebut mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara penilaian pembelajaran dari segi maklumat yang diperoleh daripada kandungan program dengan penilaian tingkah laku dengan nilai r = 0.489 dan sig = 0.000 (p<0.05). Kekuatan hubungan ialah positif sederhana. Manakala hubungan antara penilaian pembelajaran dari segi maklumat yang diperoleh daripada program temu seru dengan penilaian tingkah laku pula menunjukkan kekuatan hubungan positif kuat dengan nilai yang diperoleh ialah r = 0.539 dan sig = 0.000 (p<0.05). Analisis ini menunjukkan bahawa pembelajaran yang diperoleh melalui program latihan Manual Islam dan HIV/AIDS ini telah berjaya mengubah tingkah laku Pegawai Agama dari segi kesedaran peranan berdakwah kepada ODHA.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: latihan, pegawai agama, penilaian, pembelajaran, tingkah laku, dakwah

ISSN: 0218-116X

EISSN: 2550-1992


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals