Artikel ini membincangkan beberapa strategi yang perlu diberi perhatian untuk
dilaksanakan oleh golongan ulama dalam usaha mendekati umat. Pelbagai cabaran
yang dihadapi dalam dunia moden hari ini memerlukan pendekatan-pendekatan yang
berstrategi golongan ulama dalam usaha mendekati umat agar seruan dakwah yang
disampaikan dapat mempengaruhi penerimaan mereka. Sehubungan dengan itu, para
ulama perlu mengaplikasi pendekatan berstrategi dengan mengambilkira elemenelemen
yang mendominasi diri dan tingkah laku seseorang individu ke arah
menjinakkan diri umat menerima segala seruan dakwah yang disampaikan. Kajian ini
adalah berbentuk analisis kandungan. Hasil kajian mendapati empat fokus utama
golongan ulama dalam merangka strategi untuk mendekati umat ialah dominasi
terhadap keperluan elemen pemikiran, kerohanian, jiwa dan fizikal umat.Ini kerana,
keempat-empat elemen memberi pengaruh yang besar terhadap diri dan tingkah laku umat.
Real Time Impact Factor:
Pending
Author Name: Mariam Abd. Majid
URL: View PDF
Keywords: Strategi, Ulama, Cabaran, Dunia Moden, Dominasi, Pemikiran, Kerohanian, Jiwa, Fizikal
ISSN: 0218-116X
EISSN: 2550-1992
EOI/DOI:
Add Citation
Views: 1