Messiah merupakan istilah berbahasa Ibrani (Mah-she-akh) yang wujud dalam
kepercayaan dan keagamaan pada hari ini. Dalam Bahasa Arab atau agama Islam,
Messiah disebut sebagai al-Masih, manakala istilah Christ pula digunakan untuk
umat Kristian dalam Bahasa Inggeris. Messiah merupakan watak penting bagi Islam,
Kristian dan Yahudi. Ketiga-tiga agama ini memiliki doktrin tentang Messiah dengan
konsep berlainan. Agama Islam menyakini dan mengimani bahawa Nabi Isa AS
merupakan Messiah yang dimaksudkan berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW
dan al-Quran yang diturunkan kepada baginda. Agama Kristian pula percaya bahawa
Nabi Isa AS yang dikenali sebagai Jesus adalah Messiah atau Christ berdasarkan
Bible pegangan mereka. Wujud kesalahfahaman tentang Messiah yang dimaksudkan
Islam dan Kristian dari aspek akidah. Perbandingan antara Islam dan Kristian pula
dipilih kerana Islam percaya Kristian merupakan ajaran Nabi Isa AS yang diubah.
Oleh itu, kajian ini akan membentangkan tentang konsep Messiah menurut pegangan
dan pandangan Islam dan Kristian. Beberapa konsep akidah Islam tentang al-Masih
dan doktrin Kristian tentang Christ akan diterangkan dan dibuat perbandingan
seperti definisi, riwayat hidup, tujuan pengutusan, kebangkitan semula, dan
pandangan kedua-dua agama terhadap Messiah masing-masing. Metod kajian pula
adalah berbentuk kualitatif, iaitu kajian kepustakaan dan analisis kepada penulisanpenulisan
terdahulu. Kajian mendapati bahawa Islam dan Kristian berkongsi Messiah
yang sama namun konsep dan doktrin yang berkaitan dengan Messiah tersebut sangat
berbeza.
Real Time Impact Factor:
Pending
Author Name: Abdul Halim Syihab; M. Afif Afnan
URL: View PDF
Keywords: Perbandingan Agama, Islam, Kristian Messiah, Al-Masih, Kristus
ISSN: 0218-116X
EISSN: 2550-1992
EOI/DOI:
Add Citation
Views: 1