Kajian ini bertujuan meninjau peranan Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Wanita
Isma), sebuah NGO Islam yang terlibat secara langsung dalam usaha menolak
agenda feminisme di Malaysia. Gerakan feminisme merupakan antara agenda musuh
bertujuan untuk merosakkan keperibadian dan jati diri wanita muslimah. Ia datang
dalam bentuk serangan pemikiran, seruan kebebasan, kesamarataan gender dan
kemanusiaan. Slogan ini berjaya menipu dan mengaburkan mata wanita muslimah
sehingga dilihat benar dan nyata seumpama fatamorgana. Kajian ini menggunakan
pendekatan kajian tindakan sebagai metodologi dengan menggunakan Model Kajian
Tindakan Kemmis & McTaggart. Kajian ini dilakukan berdasarkan empat langkah
tindakan iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Dapatan menunjukkan
penolakan ini ditonjolkan melalui Kempen Selamatkan Ummah (KSU), Kempen Tolak
Comango, Kempen Muliamu Wanita Kerana Islam, Usrah Wanita , Fiqh Wanita serta
melalui seminar dan konvensyen yang diadakan dari semasa ke semasa. Usaha
penolakan juga diketengahkan melalui penulisan buku dan kenyataan balas terhadap
golongan feminist dalam laman web wanita ISMA, laman buka buku, media
ISMAweb serta media liberal seperti MalaysiaKini, Malaysia Insider dan lain-lain.
Usaha yang dilakukan ini bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat Islam di
Malaysia agar semakin peka dan sensitif bagi sama-sama mempertahankan jatidiri
dan keperibadian wanita muslimah daripada terpengaruh dengan agenda golongan
feminis.
Real Time Impact Factor:
Pending
Author Name: Norsaleha Mohd. Salleh
URL: View PDF
Keywords: ISMA, kesamarataan, Agenda, kebebasan, feminisme, kempen
ISSN: 0218-116X
EISSN: 2550-1992
EOI/DOI:
Add Citation
Views: 1