News

citefactor-journal-indexing

Pengaruh Sistem Pembelajaran Sepanjang Hayat terhadap Kompetensi Guru di Sekolah

Sistem Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program-program dan usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai kendiri, sama ada secara formal atau pun tidak formal. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pengaruh sistem PSH terhadap kompetensi guru di sekolah. Pengkaji ingin mengenalpasti kepekaan dan persepsi guru-guru terhadap sistem PSH, serta menghuraikan bagaimana sistem PSH ini mempengaruhi kompetensi guru-guru di sekolah. Metodologi kajian adalah secara deskriptif kuantitatif dan analisa terhadap hasil soal selidik bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Kajian dijalankan terhadap sampel 461 orang responden merangkumi guru-guru di seluruh Malaysia yang dipilih secara rawak. Hasil kajian ini mendapati bahawa sistem PSH mempunyai pengaruh dan berkait rapat dengan kompetensi dan prestasi guru di sekolah. Hasil kajian ini boleh dimanfaatkan untuk menyedarkan golongan guru akan kepentingan melaksanakan sistem PSH dan kesannya terhadap perkembangan profesionalisme sektor perguruan negara pada masa hadapan.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kompetensi Guru, Analisis Regresi Linear

ISSN:

EISSN: 2672-7463


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals