News

citefactor-journal-indexing

Kesedaran tentang Bentuk Struktur Teks dan Strategi Metakognisi dalam Memahami Teks Ekspositori

Kajian ini mengenai kesedaran tentang bentuk struktur teks dan strategi metakognisi dalam memahami teks ekspositori. Ia menggunakan kaedah tinjauan dan teknik analisis kandungan dokumen. Penyelidik menjalankan analisis kandungan terhadap 43 buah dokumen termasuk buku, jurnal, disertasi, dan tesis. Tujuan kajian ialah bagi mengenal pasti hubungan antara kesedaran tentang pelbagai bentuk teks dan strategi metakognisi dengan pencapaian membaca dan pemahaman bacaan teks ekspositori dalam kalangan pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk struktur teks ekspositori termasuk teks struktur definisi, teks struktur penghuraian, teks struktur proses, teks struktur perbandingan, teks struktur analisis, dan teks struktur sebab akibat. Selain itu, kajian ini mencadangkan agar pelajar mempunyai strategi metakognisi dan strategi metakognitif di samping mengaplikasikan ciri-ciri teori metakognisi. Selain itu, kajian ini menyarankan pelajar agar mengaktifkan latar belakang pengetahuan sedia ada sewaktu membaca teks ekspositori. Selanjutnya, kajian ini juga mendapati bahawa terdapat kaitan antara kesedaran tentang struktur teks dengan membaca dan pemahaman bacaan.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: Pemahaman bacaan, metakognisi, teks ekspositori, struktur teks

ISSN:

EISSN: 2672-7463


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals