News

citefactor-journal-indexing

Analisis Keperluan Pembinaan Modul Kemahiran Menulis Karangan Bahasa Arab dari Aspek Model dan Kaedah Pengajaran Modul

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pandangan tenaga pengajar bahasa Arab di Universiti Awam Malaysia (UAM) berkaitan pengajaran modul kemahiran mengarang. Data yang diperoleh merupakan dapatan sokongan yang digunakan untuk membina modul kemahiran menulis karangan bahasa Arab (M-KMKBA). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dan seramai 12 orang peserta kajian yang terdiri daripada tenaga pengajar bahasa Arab dari empat buah universiti iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diambil sebagai sampel kajian. Satu set protokol temubual digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah tematik secara manual. Transkrip temubual dianalisis mengikut tema dan kategori bagi memperoleh dapatan analisis keperluan dan pembangunan modul M-KMKBA. Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati bahawa semua tenaga pengajar secara umumnya bersetuju sekiranya kaedah dan pendekatan pengajaran modul kemahiran mengarang bahasa Arab diajar dengan pelbagai kaedah dan bukannya bergantung kepada satu-satu kaedah sahaja, antaranya secara komunikatif, secara langsung, interaktif, eklektik dan kaedah terjemahan.



Real Time Impact Factor: Pending

Author Name:

URL: View PDF

Keywords: Analisis Keperluan, Modul, Karangan Bahasa Arab, Pengajaran

ISSN:

EISSN: 2672-7463


EOI/DOI:


Add Citation Views: 1














Search


Advance Search

Get Eoi for your journal/conference/thesis paper.

Note: Get EOI for Journal/Conference/ Thesis paper.
(contact: eoi@citefactor.org).

citefactor-paper-indexing

Share With Us












Directory Indexing of International Research Journals